At last!!! Mula-mula rasa risau nak check.. Takut disappointed kan.. Mr. H pun kata tunggula 2 bln tak period baru check. Sebab kali ni tak ada morning sickness langsung!!
Somehow, poyot dah ketara bulatnya! So Mr H sendiri yang belikan tester... For the 1st time dapat tgk double line... Rasa nak lompat2.. nak jerit bg satu dunia dgr.. Masa test tu pg td dlm toilet la kan, terus berlari keluar kejut mr H dr alam mimpi dia! Dan 1st time kejut dia dengan keadaan yang gopoh dan dia tak marah..hahahha!! Alhamdulillah dengan peluang ni.. Tak tau mcm mana nak cakap happynyer.. After 5years, baru dianugerahkan rahmat yang besar sgt rasanya. Bonus berpuluh2 bulan pun x rasa seronok mcm ni..
So, start now, elin kena amalkan cara hidup sihat!! Ahaks! Nak kena amalkan surah2 yang sepatutnya.. so nak kena tanya pakcik 'Google' ni. 1st trimester ni so important! Otak baby tgh develop. Hihihi...!
1st msg to anak mama;
Terima kasih kerana menjadi sinar untuk mama dan papa. Moga kehadiran kamu akan mengeratkan lagi hubungan mama dan papa. Mama harapkan kamu akan lahir dengan sihat. Mama menunggu kelahiran kamu! Mama doakan kamu akan menjadi muslimin/muslimah yang bahagia dan berjaya. Insya Allah. Mama sayang kamu sekarang hingga selamanya!

tahniah elin! ini berita yg sgt menggembirakan :)
ReplyDelete